Diri gersang dari tiupan cinta Ilahi.. Tandusnya membakar jiwa yang semakin hari semakin hilang.. Terasa jauhnya bagai tidak mampu berpatah balik kepangkuanNya.. Muhasabah ini ku bina kerana masih ada cebisan rasa cinta dan rindu kepadaNya.. Terimalah cinta dan rinduku Ya Ilahi... Agar ia menjadi saksi pertemuan yang telah Kau aturkan buatku di hari yg telah dijanjikan...

Monday, July 11, 2011

Buat akhi...

Akhi... terimalah surat daripadaku...

Assalamualaikum warahmatullah...

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuat aku begitu berani mencoretkan sesuatu buat dirimu yang tidak pernah aku kenali. sebenarnya tidak berniat memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku,membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Mama telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota dan diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata mama, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi,kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu.

Aku menghalang diriku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku yang bukan mahramku. Aku lebih suka berada di rumah kerana rumah itu adalah tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Aku sering berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukan aku bersangka buruk terhadap kaummu, tetapi lebih baik aku berwaspada kerana contoh banyak di depan mata.

Aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik memerhati diriku atau cuba menegurku. Aku sedaya mungkin melarikan pandanganku daripada lelaki ajnabi, kerana Saidatina Aisyah R.A. pernah berpesan, "sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang oleh lelaki." Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman ramai lelaki,s edangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki, bahkan aku berasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan, lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi ini? kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak! Berbagai-bagai dalil aku kemukakan.Tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku terasa seolah-olah kehidupanku yang tenang selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya, adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar pemilik rasa cinta ini melindungi diriku daripada segala kejahatan.

Kehadirannya banyak membuat aku memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Dimana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.Tetapi aku punyai keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku kearah tuju yang satu.

Tidak perlu kau miliki wajah setampan nabi Yusuf A.S juga harta seluas perbendaharaan nabi Sulaiman A.S, atau kekuasaan seluas kerajaan nabi Muhammad S.A.W. yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih didalam hatiku jua hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan melampaui batasan yang Allah tetapkan. Aku takut perlakuan itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah kau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita di syurga...

Wassalam...

~surat dari pemudi buat pemuda sedunia~

Wednesday, June 15, 2011

Kisah Cikgu....




Assalamuaikum...


Bicara hari ini adalah pasal kisah aku yg bergelar guru...' guru praktikel je'
Pejam celik, dah 4 mggu aku dipggil ckgu.. 'kadang2 dipggl ustazah.. wat eva lah'
Beberapa mggu aku memerhatikan pelbagai watak baru yg x p'nah aku temui sblm ni..
Watak ckgu2nye.. x lupe anak2 murid kesygnku ni...'huhuhu syg sgt2 lah'


Watak cikgu:
Secara keseluruhannya ok..sgt2 committed ngan keje msg2.. walaupun x de pengetue, tp dieorg blh beres dlm segala urusan.. Hubungan antr guru2 sekolah pun, not bad… dieorg suke wat aktiviti b’sama guru bile hujung mggu.. Pendeatan yg sgt baik utk ertkan silaturrahim.. ‘bagus2’

Ade jgk la segelintir ckgu ni yg x join sgt aktiviti2 sosial. Yg x sedp 2, ustzh2 pulak.. Hmm.. masih wujud lg golgn jumud ni.. hehe (x bgus untk kesihtn tau)


Watak murid..

Amat 2 mengejutkan..huhu

Yela, dulu aku dr kecik duk sek agama.. tb2 mengajar kat sek men biasa. Mane la x t’kejut.. huhu.. wat eva pun, inilah cabarannyer.. mcm2 org ade… mat rempit, minah seksi dll... Masa nilah diri aku btl2 teruji dgn ilmu yg aku ade.. Bile mengajr je, murid wat kee lain, borak2 lah... Hmm ade jgk yg baik.. Satu hari aku kene relief 1 kls.. aku try nak ajr depa ni.. fuhh!!! Mcm ckp sorg2.. Ape lg, kene la tazkirah percume dr aku.. senyap m’bisu satu kls..( x mrh, nsht je)... aku hrp, tazkiah rgks 2 dpt mendtgkn sikit perubhn pd dri dieorg..( byk lg bgus)

Itulah serba sikit kish aku sebgai guru.. byk lg sbnrnyer... pengalaman t’lalu cetek untk menempuh kehidupn sbgi guru yg bnr b’jaya dunia dan akhirat.. Aku sgt berhrp, ilmu yg aku smpaikan jg t’kesan kpd diri aku sndr.. Yg pntg, aku hepi jd pendidik..=)


Friday, June 10, 2011

Sultan Muhammad Al-Fateh..

Pernah terlakar dalam sejarah tentang keunggulan Islam di mata dunia..
Tokoh-tokoh besar Islam tidak pernah kering membasahi sejarah dengan perjuangan-perjuangan mulia menegakkan kebenaran dan meranapkan kebatilan..
Bekalan iman yang utuh di dalam jiwa jadi senjata perjuangan..
Tiada erti gentar dan putus asa dalam kamus kehidupannya..
Hanya Allah dan Rasul jadi tujuan utama...


Sultan Muhammad Al-Fateh..

Usia mudamu bukan bermakna mentahnya jiwa..

Hatimu kental jasadmu mengegar dunia..

Kau telah memecah tembok kemungkaran dan kau dirikan panji kebenaran..

Maramu kehadapan tak pernah undur walau sejengkal..

Demi maruah Islam penyuluh sekalian alam..


http://youtu.be/ciPt0UKK3n8

Monday, December 13, 2010

Andai Esok Kiamat



Ku jelajahi episod hidupku hari ini dengan perasaan yang sarat dengan rasa marah..
benci… geram…
Tiba-tiba aku t’sedar dari kedinginan pagi yang mengusap lembut diri ini…
Membelai hati ini dengan suatu kuasa yang bisa ku terjemah dengan kata2….
Aku mendirikan solat dhuha dengan penuh rasa syahdu dan kuiringinya dengan alunan ma’surat….
Sejuk hatiku ini setelah panas merajai sblmnya….
Fikiranku tiba-tiba ligat berfikir tentang sesuatu…Muhasabah ….
Andai esok kiamat….
Masih sempatkah aku merasai marah, benci, geram dan serba tidak kena?….
Masih sempatkah aku mengisi ruang hidupku dengan jiwa dusta yang membunuh diri?…
Andai esok kiamat…
Masih sempatkah aku untuk memperelokkan akhlakku?…
Masihkah adakah waktu untuk aku bermuhasabah tentang pekertiku?....
Andai esok kiamat....
Masih sempatkah aku berfikir tentang keburukan orang terhadapku?
Masih sempatkah aku mengharap balasan baik daripada orang lain?
Masihkah ada ruang untukku memberi bukan menerima?
Masihkah ada lagi masa-masa itu buatku??
Masihkah ada waktu untuk aku memohon maaf atas segala kekasarnku?...
Masih sempatkah aku melayan jiwa kosongku...
Ya Rabbi... aku terlalu naif....
Acapkali diriku dihempas ombak yang rakus...
Namun, setiapkali dihempas, aku tetap hancur berkecai..
Bekalanku terlalu sedikit untuk aku jadikan benteng amarahku...
Ya Alah.... sungguh Kau Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
Kau tetap memimpinku walau aku t’biar ditepian itu....
Sungguh Engkau terlalu Agung dan terlalu mencintai aku...
Walaupun kadang kala aku melupakanMu... Kau tetap setia menaungiku... melindungiku... dan menyayangiku....

Saturday, July 17, 2010

Muhasabah cinta

Wahai pemilik nyawaku
betapa lemah diriku ini
berat ujian dari Mu
kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru ku sedar
indah nikmat sihat itu
tak pandai aku bersyukur
kini ku harapkan cinta Mu

Kata-kata cinta terucap indah
mengalir berzikir di kidung doaku
sakit yang kurasa biar
jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
terlihat semua yang Kau beri untukku
ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
lindungiku dari putus asa
jika ku harus mati
pertemukan aku dengan Mu

Monday, July 12, 2010

Warkah indah milik Ratu


Assalamualaikum....
Madah indah pembuka warkah lusuh milik 'Ratu'. Alhamdulillah. Aku terlalu bersyukur dengan rahmat dan kasih sayang Ilahi yang tidak pernah putus buatku. Walau apa pun dosaku, khilafku, dan kejahatanku kepadaNya, aku tetap merasai kasihNya.

Diciptakan aku dalam fitrah Islam. Ditempatkan aku dalam golongan pencinta agama. Diberikan aku nafas penuh rasa cinta kudus milikNya. Indahnya nikmat Mu Tuhan. Tidak terjangkau akal fikiranku melayari nikmat kasihMu.

Coretan ini terlalu naif bagiku. Bagai tidak layak jari-jemariku menukilkan sesuatu. Namun, berbekalkan secebis kekuatan kucuba untuk melakar semampunya. Mungkin apa yang aku nukilkan ini mampu membina jiwaku yang semakin luntur. Mungkin juga aku mampu membina sebuah landasan buat laluan insan yang buntu arah tuju. Adakah benar aku mampu???
Sesungguhnya kemampuanku terbatas. Segala yang baik dan benar itu datangnya dari Allah. Yang buruk dan cela itu adalah dari diri yang lemah ini. Namun pada hakikatnya, kedua-duanya adalah daripadaNya. Saksikanlah 'Muhasabah Cinta Ratuku'.....