Diri gersang dari tiupan cinta Ilahi.. Tandusnya membakar jiwa yang semakin hari semakin hilang.. Terasa jauhnya bagai tidak mampu berpatah balik kepangkuanNya.. Muhasabah ini ku bina kerana masih ada cebisan rasa cinta dan rindu kepadaNya.. Terimalah cinta dan rinduku Ya Ilahi... Agar ia menjadi saksi pertemuan yang telah Kau aturkan buatku di hari yg telah dijanjikan...

Monday, July 12, 2010

Warkah indah milik Ratu


Assalamualaikum....
Madah indah pembuka warkah lusuh milik 'Ratu'. Alhamdulillah. Aku terlalu bersyukur dengan rahmat dan kasih sayang Ilahi yang tidak pernah putus buatku. Walau apa pun dosaku, khilafku, dan kejahatanku kepadaNya, aku tetap merasai kasihNya.

Diciptakan aku dalam fitrah Islam. Ditempatkan aku dalam golongan pencinta agama. Diberikan aku nafas penuh rasa cinta kudus milikNya. Indahnya nikmat Mu Tuhan. Tidak terjangkau akal fikiranku melayari nikmat kasihMu.

Coretan ini terlalu naif bagiku. Bagai tidak layak jari-jemariku menukilkan sesuatu. Namun, berbekalkan secebis kekuatan kucuba untuk melakar semampunya. Mungkin apa yang aku nukilkan ini mampu membina jiwaku yang semakin luntur. Mungkin juga aku mampu membina sebuah landasan buat laluan insan yang buntu arah tuju. Adakah benar aku mampu???
Sesungguhnya kemampuanku terbatas. Segala yang baik dan benar itu datangnya dari Allah. Yang buruk dan cela itu adalah dari diri yang lemah ini. Namun pada hakikatnya, kedua-duanya adalah daripadaNya. Saksikanlah 'Muhasabah Cinta Ratuku'.....

No comments:

Post a Comment